October 27, 2009

perjalanan ke medan perang

perang dah nak mula.
semua orang sibuk dengan keris dan tombak masing-masing.
semua peralatan hand-made.
taknak beli kat parkwell atau kedai macik kiah.
orang lain punya persiapan macam nak gila.
ada yang buat black-pepper nak serang musuh saat-saat akhir.
tombak orang lain bukan macam tombak nordin ahmad.
tombak orang disaluti emas, dibelah berlian.

saya buat keris.
keris nampak bergaya.
lagi bagus dari tombak sebab tombak berat sangat.
nanti kalau tak larat kene bunuh dengan musuh.
keris saya sangat cun.
lagi cun dari vios hitam.
bersinar-sinar bak mutiara dalam mulut buaya.
berkilau-kilau bak pipi diletak blusher.
hebat bukan.

err.
apa saya merepek nih.ish.exam dah nak dekat. balik-balik muka surat yang sama je saya baca. bila nak tah nak maju. bukak buku je belayar. belayar je bukak buku.ish ish.

selamat maju jaya saya ;)

October 23, 2009

untuk kau secret admirer

hari ini saya nak cerita pasal cinta. ya. mungkin tak sehebat semua jenis dr. love yang ada kat luar sana dan tak setanding anda yang mempunyai dr. love sendiri. adakah anda seorang secret admirer?



pernah tak anda kene kacau dengan stranger yang tak dikenali langsung dan stranger yang anda kenali tapi buat-buat tak kenal? ala. jangan bohong la kalau xde kan? ;) sometimes, this kind of people bukan tak berani nak tunjukkan diri mereka yang sebenar, cuma mereka a kind of shy sikit la. mungkin SA ni kawan baik anda, tapi sangat takut untuk mensuarakan isi hati dan mampu berlakon depan anda dan bercerita tentang PSP, gameboy, futsal, barbie yang baru ditayang kat tv, hagemaru yang syok, kek coklat yang mak dia masak dan hair clip anda yang tak sesuai dipakai. SA juga tidak terdiri oleh golongan lelaki sahaja malahan kaum hawa turut terbabit dalam hal ini (owh,penulis macam mengalaminya, bukan kah?) haha. shut up!*--*

tak salah pun nak jadi SA ni, tapi you tu as secret admirer janganlah bikin orang yang awak admire tu sangat sangat takut pada awak. you buat buat cool walaupun teruja dengan tindak balas dia, tapi sebagai SA, awak kene tunjuk cool. nanti kantoi terpaksa kau retire. haha. amik kau.
dan kau pula sebagai orang yang diminati: jangan cakap awak tak bangga kan?konfem la awak turut excited untuk mengetahui siapakah dia secret admire awak tu. pastu tak payah gedik gedik tangan nak post kat fb suruh ngaku siapa SA tu. ish. tak manis kerja seperti itu.

okay. saya pun turut terbabit dalam hal hal begini. tipu la kalau awak kata awak tak pernah suka kat spesis lain daripada awak kan? he, memang bombastik for me. hebat. hebat. hebat. (tengok, triple hebat saya bagi kat awak) for me, tak salah pun awak jadi SA as long awak tak menyusahkan hidup dia dan pandai jaga behavior awak.

so,keep in touch.

October 22, 2009

salah kedai

peristiwa berlaku sebelum pementasan teater kanak-kanak.
saya ditugaskan untuk membeli props.
semua props dah beli kecuali dawai.ok.dawai.mana nak dapat dawai ni..

saya: weh.i drive pergi petronas,nanti u tanya kat mamat pam tu kat mana kedai hardware.
you: okok.
_______________________________

you: mat,kat sini ada jual dawai tak?
mamat pam: weh. dodol ke kau ni. ni kan petronas.mana ada jual dawai!
saya: weh.salah la sengal!kat mana kedai dawai,bukan kat sini ada dawai!

sengal lah kau!


p/s:sapa ada roger ngan bomoh yang dapat halau malas-malas yang dah hantui diriku ini!asik nak ber-farmville saja!huh.

October 17, 2009

mengaji tak habis lagi-1

salam people :)

pemalas nak mampos bila takde mood nak update entry ni.busy dengan mentelaah buku ekonomi malaysia<-ceh yang ni agak tipu. senang cite sekarang mood malas. malas sangat. cuma pikir pasal holiday yang akan datang.yahooo *---*

i received assigment pasal survey report. aduaii. banyak lagi tu. nak jadi cerita, we took 40 respondents la. buat buat la survey. dekat survey form mesti ada:-

age:____________
sex:____________

ok.paham kan. susah tak nak jawab?senang kan. sex of cos la F atau M kan?
ok.mudah kan?
senang?
dalam otak mesti dah agak hanya 2 jawapan tersebut yang akan muncul. suddenly, we got:
sex:tak pernah lagi.

nak kene tumbuk ke?

October 16, 2009

habitat 2

salam people :)

last time i did wrote pasal i yg takut kucing so what kan?
kali ni, saya baru perasan yang saya memiliki satu lagi habit yang saya tak sedar kehadirannya.
i realised baru baru ni je bila tengok wayang cite cybog ke ape tah.

bagi la movie horror ke, tranformer ke, love love sparks ke, lawan lawan pedang ke, bunuh bunuh dengan kejam atau pun dibunuh diri ke, i still tertidur.aduaii
bukan sengaja. tak sedar. tiba tiba je taw taw terlelap.

nasib baik wayang tu gelap kan?u tak nampak *---*

October 7, 2009

maid hot 1

salam people.

my aunty ada maid baru.
i tanya dia "sape nama u"
i dengar dia cakap "mimi"
i pon cakap "oww.mimi suhaiza"
dia cakap "bukan la. namanya minie"
i pon jawab lagi "oww.kalau gitu mini mouse"
tiba-tiba cousin i cakap "taklah. mini market"
nak lempang tak??

October 4, 2009

W595

saya selalu misplace handphone.
bila sedar ia hilang,
saya akan check out kat bilik-bilik yg saya jengah.
padahal ada atas katil.
pastu mereka yg tau sy hilang hp,
segera sorokkn hp sy bawah bantal mereka.
patut tak gantung hp kat leher?
*----*

October 3, 2009

ketam masak masak

ok people. hari ni i'm gonna teach u cara nak masak ketam.
ok, make sure you have your pen and note in your hand. good luck :)

bahan-bahan mudah sahaja. ketam beberapa ekor (jangan gatal nak cari ekor ketam pulak.sampai saya bercucu pun awk takkan jumpa). bawang putih. bawang merah. cili boh. sos tiram. sos tomato. sos cili. garam dan gula juga diperlukan. jangan lupa sediakan kuali, sudip, minyak masak, elektrik, pinggan dan perut yang lapar.

blend semua jenis bawang. panaskan minyak. ketam turut direbus dalam periuk sebelahnya. tumis semua bawang yang di-blend. masukkan cili boh. tunggu sampai minyak naik. buat ni kene ikut step. jangan gatal-gatal buat ngan gelojoh. kemudian masukkan semua bahan yang tak masuk lagi dalam kuali kecuali ketam.

lastly,
ok..api tepadam.hidupkan api.
api masih tak menyala. gas habis.kembali ke bilik utk tido.dah pagi.

sekian..

October 1, 2009

kursus nikah

salam people :)

time ramadhan hari tu muncul borang kursus kawen kat kelas saya. apalagi.segala malaun-malaun kelas saya pon dengan gelojoh tulis nama sendiri. ada gak yang gedik gedik nak tulis nama partner yang nun jauuuuuh kat sana. ape hal plak. tak payah la. time ni diorang cakap yuran cuma RM20. siap makan apa la semua. macam macam la pekataan manis. ada tu siap da pilih nak tema pelamin wana apa. hey hey. umur baru 19 pon dah gelojoh. bukan???

___________________________________________________

raya. kembali selepas raya. naik ke kelas. semangat tentula kobar-kobar. semua tertanya tanya mengenai kursus yang dijanjikan. semua nafsu dah gelojoh nak kumpul ilmu kat dada. bab bab macam ni WAJIB tahu! tiba tiba. tengah khusuk tengok mukabuku, muncul orang hantar kertas.

PERHATIAN!
KURSUS PERKAHWINAN ANJURAN xxxxx
MASA: pagi sampai matahari tebenam kot.
YURAN: HANYA RM80.

what???hari tu kata rm20. asal jadi rm80?? saya orang first angkat tangan cakap "aku cancel. nanti aku g sendiri ngan husband to be aku. time tu mukin rm80 takde masalah buat i"
saya toleh ke kanan dan kiri. semua turut angkat tangan sambil berkata "kalau g kursus sekarang mukin akan lupa apa yang dipelajari"

sengal kan???