February 21, 2009

this is for u girls..

Cinta lelaki...

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga
unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki,
yang sebelumnya keras, kasar dan kurang
romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan
romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan
sensitif hanya dengan kata-kata orang yang
dicintainya. Semuanya ini melambangkan
keunikan hati lelaki yang sukar difahami.
Adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan
kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa
wanita disisinya tetapi tatkala sudah
memperolehinya,jarang pula hendak
menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-
benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya,
seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah
bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat
kekasih/isteri tanpa sedikit keterpaksaan.

Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan
penuh bahagia.

Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan
pasangannya.

Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat
menyayangi kekasih/isterinya.

Dia mencemburui kekasih/isteri - lantaran itu dia
akan mengongkong kebebasan mereka.
Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang

dan cemburu yg meluap-luap.

Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika
kehilangan kekasih/isteri.

Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda
tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya.
Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk
mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.

Kerajinannya ketara, tergambar melalui
kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat
membahagiakan kekasih/isteri.

Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut
daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan
memujuknya.

Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan
kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan
menghantar SMS.

Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya
mencintainya.

Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam
percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan
lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa
berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan
kekasih atau isterinya.



No comments: