September 13, 2009

ramadhan 21,22,23

salam people :)

oleh sebab sekarang kan masuk minggu last puasa and nak raya, tiba-tiba teringat dosa yang penah saya buat kat mak saya. penah tak gaduh ngan mak korang?
______________________________________________

time ni saya baru dajah 4 rasanya. ayah takde kat umah sebab time tu dia kat usm. pastu tinggal lah saya, ibu dan adik saya sorang tu. waktu kejadian malam. area lepas magrib. ada tetamu datang rumah. borak borak ngan ibu. ibu kasi air tea je. (malas.haha) saya duduk kat meja sambil main main pensil. ibu baru belikan lid pensel yang wana wana. ngan penuh tawaduk sy tak la join borak borak kat depan.

orang tu pon blaa. pastu air tu ibu letak atas meja. (malas lagi.haha) konon konon nak bawak g dapur esok la. pastu dia jengah sy yang kat meja tu. dia ingat sy blaja tp sy main. haha. pastu dia mengamuk. sy pun lawan la lagi. pastu belaku la adegan balas cakap balas cakap. oleh kerana dah tak tahan marah, dia amik air teh yg kat cawan tu terus jirus atas kepala. sy pon apa lagi pergi kat telefon call ayah dan mengadu. hahaha. ayah pun suruh pass phone kat ibu. ibu kene marah.

maka 1-0. sy 1...ibu 0.haha.

notakaki:
sangat seronok apabila anda jadi anak tunggal perempuan.hip hip hoooray!:)

September 11, 2009

tribute to siput baba :)

sebab bulan ramdhan,aku xleh nak bape sebut nama glam kau. ia akan mengurangkan pahala puasa readers aku.hahaha.

dear siput baba,

aku memang kawan kau yang baik sekali (aku taw), tapi aku ni mempunyai ingatan yang agak agak lembap dalam mengingati apa apa jenis tarikh yang berlaku kat dunia. tapi kalau kau tanya tarikh dalam buku sejarah, konfem konfem aku ulang 3 kali untuk kau ingat. (aku kan pakar sejarah skrg) oleh yang demikian, aku sangat terlupa akan kehadiran tarikh yang bermakna buat diri kau. alkisahnya maka terjadilah aku bukan 'wisher' number one kau (pernah ke jd no 1) wahaha. :)
demikianlah, sebab sebab serta fakta fakta yang sesuai untuk aku bagitahu kat kau. aku harap kau jangan bunuh diri malam kang. aku jugak berharap kau jangan mintak aku hadiah ke, cenderahati ke, cenderamata ke, atau apa apa jua jenis barangan yang boleh membuatkan aku senggugut :)
maka dengan ini, aku sertakan beberapa jenis foto kau supaya kau kelihatan lebih bangga dengan foto kau di blog aku. untuk lebih semangat lagi, kalau kau datang raya rumah aku, aku akan petik piano nyanyi lagu untuk kau. haha (aku reti main satu lagu je, konfem kau suka)

maaflah gambaran tak tutup aurat.mesti kau nk pic ni kan?meh RM2!

ALLAH selamat kan kamu,
ALLAH selamat kan kamu,
ALLAH selamat kan seorng siput,
ALLAH selamat kan kamuuuu :)

happy birthday my buddy!may ALLAH bless you always.
iklas drpd:
mee siput:)

September 10, 2009

ramadhan 20-yahooo :)

salam people :)
mesti sekarang xcited kan sebab raya da nak dekat. even da hidup lama dan rasa suam suam kuku je sambut raya, but for me, kan raya tu best. ingat senang ke orang nak kasi duit kat bulan bulan lain?meh bagi i duit raya.hehe. tak sabar nak balik rumah lagi. hip hip hoooraay! :)

text to my dad:
eh u, jangan lupa sambung balik astro ah. UPSR da tamat!!!! mukin hagemaru ada edisi raya. i nak tengok!

_______________________________

hari tu awal awal puasa (tiba tiba teringat bende ni)

adik: kak, kalau puasa tak leh gosok gigi eh?
kaka: aa. ustaz tu kata makruh sebab ubat gigi ada rasa rasa.
adik: huh. nasib baik adik gosok gigi guna sabun.
kak: hah?????

September 9, 2009

ramadhan 18-19

kali ni saya nak buat satu statement:

saya takut kucing! so what???

situasi 1:
mrsm pasir salak. waktu ni form 1 ke 2..tah. tak ingat. tengah duduk kat kelas time prep. bajet bajet telaah buku science la konon. nk join g angkasa time tu. baca baca baca. tiba tiba dengar bunyi miow miow miow yang lembut. ala bunyi cam kucing nak manja manja. apa lagi, terus angkat kaki pegang buku naik atas kerusi. jerit? tak sangat. semua agak tekejut. tiba tiba kantoi pulak takut kucing. ada sorang mamat ni amik kucing tu terus campak kat atas meja saya. wtfuuunnn kan! memang sungguh kurang sopan. terus nanges :(

situasi 2:
mrsm muar. time ni nak buka puasa. serius penat. tak bemaya. terus siap siap duduk kat meja. time tu semua budak dah tadah tangan nak buka. ok. mesti la senyap kan? nak denga suara azan dari bilal yang merdu...tapi bukan suara bilal yang kuar, suara saya yang jerit lompat atas kerusi dan menggigil gigil. semua pandang. malu. buat tak tau. control cun. tapi kurang ajar punya kucing, dah tau saya takut ngan dia..lagi dia panjat kat kaki aku! cam sengal! lagi sekali saya nanges :(

situasi 3:
semalam pagi. lepas sahur. jam 4 pagi. tengah jalan tiba tiba 2 ekor kucing ikut saya. ok. saya jalan laju. tapi nampak kucing tu cam nak terkam saya. ape kejadah! wak lu! sangat marah ni!