March 6, 2010

sebab mengapa dah besar nak kembali pada zaman kanak-kanak

salam people ;)


pernah tak korang ingat balik, bila korang start tahu menulis ABC?agak-agak, pernah tak ingat pada jam 1.46 pm hari selasa waktu bulan ogos minggu pertama tahun 87 korang buat apa?tak pun, pernah tak korang terfikir, kenapa lah dulu time darjah satu aku tak join lumba lari dalam guni tu? banyak sangat perkara yang saya fikirkan tentang zaman kanak-kanak dulu. dan ini telah merangsang saya untuk kembali pada zaman tersebut.

* tak payah serabut kepala otak fikirkan masalah due date assignment yang dah dekat. tajuk pun masih porak peranda. kalau budak, boleh lah sibuk kan diri dengan preview alice in the wonderland atau pun tulis surat untuk PM. mudah. senang!

* takde lah tangan gedik gedik nak bukak facebook dan meng-update status. ini tak, bukak je laptop, terus capai facebook. tak ingat pun dunia lain. tapi, kalau jadi budak bosan plak takde fb. hahaa

* owh. boleh la pergi bermain semua jenis permainan tradisional dan moden tanpa henti. tapi bila fikir balik, dulu saya asyik main rumah-rumah, mak-mak,dan kawen-kawen. sumpah tak maju betul. dari kecik dah pandai main kawen-kawen dan mak-mak. nampak sangat gatal. hahaha

* suruh mak hantar pergi sekolah seawal umur 3 tahun. lepas tu nak masuk sekolah orang putih. biar bersepai lidah cakap omputih. mungkin masuk debate dan story telling dah tak heran pada umur 5 tahun. haha. lepas tu, boleh ajar nenek speaking semula. maklumlah, dulu kan nenek sekolah penang free school. ok.ni tipu.

*tapi, mesti lah paling best, kanak-kanak ni tiada dosa. boleh lah masuk syurga. haha. 


ini zaman kanak-kanak saya.


March 5, 2010

kau ingat kau hot ke?

kalau lah anda lelaki,
dengan selipar corak kotak-kotak tak pun paling cikai lelaki zaman sekarang ni saya tengok pakai crocs. rambut ala-ala kena tiup angin dah terbang terbang macam iklan syampoo, pakai jeans yang tak tahu lah jenama apa sebab saya tak nampak sangat, dan kalau anda berdiri sama tinggi dengan tiang bola keranjang. kat tangan ada warna warna hitam yang anda anggap corak. lepas tu siap ada benda-yang-boleh-bunuh-aku kat tangan yang tengah berkepul-kepul lalu menyapa, hai sombongnya!


kau agak aku yang tengah sebuk pegang hand luggage di tangan kiri dan tiket bus di tangan kanan nak layan kau? ish. kalau lah boleh tolak kau jatuh. kan best! hahaa


kalau lah anda lelaki,
dengan baju adidas dan logo nike terdampar kat dada. kemudian memakai sport shoes vincci, eh bukan puma. dan memakai short ke boxer atas lutut sambil mempamirkan beberapa rimbunan hutan simpan sebagai logo saya-lah-jejaka-sejati dan memegang botol mineral di tangan dan juga handkerchief pink di leher. lalu menoleh ke arah penonton yang tengah sorak-sorak.


kau ingat kau hebat sangat lah. konon kau lah lelaki paling handsome di dunia..err walaupun hakikat. haha. memang pada mulanya kau nampak hebat di mata para jelitawan. tapi kau silap bila kisah ke-playboy-an kau tersebar luas. ingat kami tak dengar gossip ke?xoxo


kalau lah anda lelaki,
mungkin anda bukan seperti di atas. mungkin anda adalah seorang adam yang memang aku-lah-tercipta-untuk-mu. malahan, seorang yang sentiasa bertolak ansur ketika anak meminta susu buat kali kedua. ataupun sedia pergi ke kelas mari belajar memasak bersama isteri takpun yang sama-sama menjadi mentor untuk mengajar anak lelaki add math chapter 4. 


kan BEST! mungkin saya akan masuk meminang anda.
(apa saya merepek ni) 

March 3, 2010

umur 20 tahun baru nak buat birthday party


hai people :)

saya memang suka senyum. sebab tu kan salah satu petua awet muda. haha. dinihari, saya dah paham kenapa awet muda memang penting. well, tak kan kau nak kelihatan muka 40's pada usia 14tahun kan?

sekarang dah masuk bulan march. haha. tak lama lagi, semester akan habis. yahooo! err, tapi kena tempuh dulu exam sebelum bergembira. entah kenapa, sem break akan datang ni jatuh pada bulan kelahiran bff saya; syazwani haziqah dan ain nadia. mereka turut meminta pelbagai jenis hadiah seperti percutian ke disneyland, sehari bersama chef wan dan program mengambil anak angkat di portugis. ok. saya tipu. mereka berdua telah meminta untuk menjalankan birthday party.

masquerade party,

boleh juga berangan jadi seperti taylor swift dlm love story

kena pakai mask. pastu baju ala-ala british style yang kembang atas dan bawah. mesti ada penggunaan bulu-bulu binatang pada rambut.bagi yang bertudung, mungkin boleh lah jadikan bulu-bulu binatang sebagai perhiasan di hujung tudung. pemakaian kasut hendaklah lip lap lip lap seperti neon pada waktu malam atau seperti sinaran matahari sewaktu subuh. jumlah kos keseluruhan, mengikut kos individu.

party atas bot,

mungkin kapal selam lagi selamat kan?

berkonsepkan terbuka. open air lah senang cakap. mengutamakan ciri-ciri cinta akan air di Malaysia. pemakaian seperti bikini and swimming suit tidak digalakkan kerana tiada unsur ketimuran. bagi yang bertudung, selendang warna ala-ala yuna pakai sewaktu AJL yang lalu, dialu-alukan. kasut seperti diving shoes digalakkan sebab takut kalau terjatuh dari bot, senang nak swim. oh yaa, tidak ketinggalan life jacket. penting tu!

________________________

tapi, semua itu permintaan mereka. saya sebagai kawan yang baik telah mencadangkan dan turut menutup cadangan saya sendiri agar birthday party dilaksanakan di Masjid Besar Melaka. tempat yang luas, serta lipatan pahala yang berganda untuk ke akhirat kelak. hihi

March 1, 2010

orang sebelah seat

salam people,

long time tak publish entry. haha. busy sangat sebab macam-macam yang melanda lately. saya pun baru sahaja balik from kl to tawau. just for 3days holiday. this was the cheapest ticket i got from air asia. memang berbaloi-baloi bila everyone can fly. sepanjang beberapa kali menduduki seat-seat air asia dan juga mas, pelbagai ragam yang telah saya temui. memang macam-macam.

1. dapat seat belakang sekali. mula-mula teruja sebab dekat dengan cabin crew. kitchen. perut pun asik berkelocak sahaja. mata tak lagi membayangkan nasi lemak ibu atau pun cheese tart ibu yang lazat. hanya mampu mengharapkan nasi apa tah yang lauk kari dan saya sangat tak suka. tapi sebab Allah dah bagi rezeki, makan je lah. duduk pulak sebelah seorang guru. kelantanese. baru di posting di lahad datu. mula-mula, macam exited lah nak borak, sekali dia pulak terlebih ramah. agak-agak lah kalau orang dah sarung earphone kat telinga, mestilah tak dengar. ni tak, macam-macam dia ajak berbual. last last, saya tak layan lalu dia mengcapture picture menggunakan webcam. ahaaa

2. business-man. haha. maaf ya. bukan seperti dalam gambaran korang yang dia handsome or what so ever. lelaki dewasa, err or what we should call dad. sangat best. he shared with me some of his trip. seronok jugak dengar dan terpaksa menebal muka membelasah english yang lintang pukang. haha. apa punya teacher-to-be lah.

3. dan paling selalu, rakan-rakan seperjuangan ku yang seronok. actually, selalu kami akan booking seat sama-sama. konon lah takut dengan dunia asing. padahal, kalau tengah dekat departure hall selalu lah mendoakan jejeka macho duduk disebelah. padahal dah tau, kompem2 sebelah tu kawan. hahaha. annoying kan?

so, lagi dua minggu cuti akan datang. wait for me eh boeing 737-400 :)