April 3, 2010

i found it, and i'm glad to share it

salam and hai you there :)

gambar terpaksa di blurkan atas sebab sebab teknikal
_______________________________________________



PEREMPUAN

Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!
________________________________________
Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!
________________________________________
Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempua bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
________________________________________
Wanita memang pemurah… sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!
________________________________________
Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu… tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!
________________________________________
Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!
________________________________________
Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!
________________________________________
Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per… per… !
________________________________________
Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!
________________________________________
Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!
________________________________________
Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!
________________________________________
Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!
________________________________________
Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.
________________________________________
Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!
________________________________________
Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!
________________________________________
Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!
________________________________________
Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!
________________________________________
Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.
________________________________________
Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai…
________________________________________
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!
________________________________________
Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi. Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki ataupun perempuan!

sumber: isuhangat.net


so perempuan, amacam?
just for fun okay.  
anyway, ENJOY!

March 31, 2010

hai cikgu

salam and hai people :)


dulu waktu mula-mula saya memang tak nak jadi benda ni. serius. time sekolah saya sangat meminati untuk jadi architect. memang time tu membuak-buak lah limpahan ilmu dengan bidang tersebut. tanya saja apa bangunan tu, sapa yang buat dan bla bla bla.... saya akan sehabis baik jawab yang TERBAIK mungkin. time mock interview di sekolah pun, saya begitu teruja dengan job tersebut dan mendapat markah yang agak baik. tapi nasib tak menyebelahi saya. mak saya mempunyai pendapat bahawa zaman sekarang susah nak dapat kerja. ini lebih mengukuhkan keadaan apabila mak saya continue study. time tu memang macam-macam ragam lah manusia yang tak dapat kerja punya story. ada yang chemist, sebab tak dapat kerja terus sambung buat master. ada yang accountant, tapi tak dapat bahagi masa, terus jadi cikgu. i said here BUKAN SEMUA tapi sebilangan kecil sahaja. nanti kang tak pasal-pasal kau baling aku dengan telur sebab cakap camni. tambahan pula, mak saya taknak lah saya penat-penat study susah susah, akhirnya terbengkalai kat ceruk dapur. hihi.


at the end, half of my soul, setuju lah dengan jadi cikgu.dengan beberapa faedah yang seronok macam duit dan pekerjaan yang tejamin, saya rasa berbaloi pula pilih bahagian ini. sekarang ni saya rasa PROUD pula. ditambah lagi setelah saya pergi ke sekolah buat pertama kali, the students bagi macam-macam moral support kepada saya. so, saya ENJOY! dan saya belajar bahawa minat boleh dipupuk walau dengan paksaan. asalkan kita ikhlas dalam membuat sesuatu perkara, GOD bless us!














dan, inilah merekaaa :)




saya rasa, semua orang pun bangga denga apa yang dia ada. ingat, apa yang ada kini mesti give us somehing that we really appreciate it in future. oh yaa, 2 hari pertama, mereka panggil kakak. no teacher. grrr 

March 25, 2010

hello ex- londanglian. err..belasah jelah.

salam people ;)
awak pernah pergi londang? ehh, bukan, maksud saya sebenarnya disini ialah masjid tanah. atau lebih dikenali matrikulasi melaka aka londang. haha. sweet kan nama dia? first time i was wondered, apehal lah nama elok-elok kmm jadi matrik londang. rupanya, apabila di google kan, menghasilkan ini : 


nampak tak JALAN LONDANG??

ooooooowwwwwhhhh. tandanya baru saya paham. paling best pasal kmm ni, yell dia. aduai. mmg susah nak catch up. maklumlah, bukan atlet kakum. hahaaa. sebenarnya, saya nak cerita pasal pengalaman yang tak boleh dilupakan sewaktu berada di KOLEJ MATRIKULASI MELAKA. sila ikuti ceramah saya. jangan lupa baca bismillah dulu tau.kang banyak syaitan duduk sebelah, ngantuk plak. hihi. 

satu petang, balik tutor hari khamis. area pukul 5 lebih lah. time memang perut dong dang deng dang gila gaban sebab menuntut ilmu kan. saya dengan kawan kawan pergi lah serbu kafe B. dinner mmg port baik punya dekat kafe B. saingan tak sengit sgt sebab lelaki dah takleh pergi, lepastu pempuan pulak byk yg makan dekat kafe A. yang lebih menariknya, kafe B ada fast food. ala, bukan seprti yang korang bayangkan mcd ke, kfc ke, memang aku pelangkung kau. benda tu mana wujud. paling dekat pun kat masjid tanah. fast food tu nasi lemak plus laksa apa tah tapi memang sedap ah. sebab dah lapar, saya pun serbu lah nasi lemak. ada sorang wanita tu jaga kawasan nasi lemak ni. dia yang tolong amikkan letak kat pinggan. 

saya, "makcik. bagi yang tu hah" (sambil tunjuk kat jenis telur yang nak)
makcik, (tak jawab dan tak angkat muka langsung)

sampai kaunter, kira. tapi tekejut sebab harga mahal dari semalam walaupun semua sama. memang sama. saya ragu ragu. tapi masih bayar je. tiba-tiba kena sound.

makcik, "lain kali panggil akak. awak ingat saya ni tua sangat ke. kahwin pun belum." (cakap sambil mata serius pandang ke muka saya macam kena interview polis)

hampehh. kena cas mahal sebab panggil makcik. esoknya, panggil akak terus murah. aduai.sensitip rupanyaa

kesimpulan,
panggil lah akak dengan abang kat semua jenis kaunter yang anda pergi. kompem murah! 

March 18, 2010

saya harap it won't happen again lah

salam people :)


selama kamu semua hidup kat dunia ni, selalu tak berlaku 'aku takkan buat macam tu lagi!' (dengan harapan yang penuh semangat dalam jiwa). lepas tu, ditambah pulak dengan korang selalu nampak kejadian-kejadian begitu disekeliling anda berlaku? mesti macam tekanan dan stress. pada saya, setakat ini, ini adalah beberapa perkara yang saya harap, please please please kamu jangan nakal. ehhh. bukan. PLEASEEEEE jangan berlaku lagi dalam kehidupan saya yang aman damai. 




first, err  i really hope that saya TAKKAN kena amik lesen memandu lagi. maksudnya disini, saya harap saya takkan kena buat JPJ test or test dekat litar yang bukit ke apa apa kejadah tuh! mesti lah korang faham bahawasanya disini mesti ada 'something' special berlaku kan? kan ? tahu tak apa. waktu kena buat test kat litar tu, kan first sekali bukit kan? kan? (tak tau lah kalau kau kena parking or else) pastu, entah macam mana saya sgt nevessss, after angkat tangan pd JPJ atas bukit, saya telah meng-undur-kan kereta ke bawah. (kau rasa agak-agak aku lulus tak?) sila lah ketawaaa. hal ini menyebabkan saya TAKKAN ambil JPJ test lagi! noktah!terpaksa lupakan impian untuk ambil lesen lori. so sad.




secondly, saya juga TAKKAN tindik lagi. maksudnya disini, amalan pierce tersebut cukuplah it happen two times je. sekali time kecik. mak-mak kan dulu kala excited pergi hantar anak pierce. in addition, macam nak tunjuk kat dunia ni lah bahawa ini satu-satunya ada daraa dia ada. so at the end, time form 5, satu hole tu dah tutup. pastu ditambah plak time tu adalah era pakai ear ring yang besaq lah. pink lah. yang stail emo lah. (memang kau tak nampak sebab pergi kelas kan pakai tudung) time tu memang menyesallah sebab hole satu. apa lagi, time outing pergi tindik. aduhaiiiii. hanya ALLAH yang tahu sakitnya selepas beberapa saat. last last, outing kami tergendala di kfc. melepak sambil menahan kesakitan.. syok lagi kene BCG!i decided NO MORE PIERCE!




nampaknya dua perkara sahaja buat masa ni. awak pulak macam mana? :)