April 20, 2010

stress? ohh katakan TIDAK!

salam people (: and have a nice day!


anda stress? tekanan dengan notes exam yang dah hilang? apa, awek lari??? kucing bunuh diri? roomates hilang? duit banyak sangat? pakwe korang mengurat perempuan ni tu? ....... dan banyak lagi stress yang korang konfem dapat. apa eh nak buat dengan stress?


'kalau i lah niza, i simpan dalam peti ice, sikit hari jd tempoyak'


hmm... jangan kak. nanti kang jadi meroyan plak. haha. entry ni, saya nak share some of management yang agak-agak nak tiru boleh, kalau tak nak boleh blah. err ?_? jalan pelan-pelan ya!


*layan lah lagu. tapi jangan kau dok layan lagu suci dalam debu-lah, pelamin angan ku musnah-lah. NO. boleh lah dengar lagu macam please please please kamu jangan nakal..takpun lagu band THE CHANGCUTERS (google lah). 


brothers THE CHANGCUTERS 

'niza, i tak layan lagu melayu and indon ok'.
hmm. kalau macam tu, kau boleh nyanyi lagu twinkle-twinkle little star.(student aku yang pra sekolah tu suka sgt sgt) :)


*elakkan daripada buat kerja yang buatkan anda stress tu. contohnya, kalau agak-agak baca notes tu yang bikin panas dan enggak masuk kepala otak, silalah lari dari meja study anda. jangan anda lari, lari terus terus sampai tak balik. memang sampai ke tulat pun kau takkan hilang stress malah stress akan sumpah kau jadi gila. amik kau.


* stress lagi? hmm...rajin sangat kan online. korang boleh klik SINI. ni boleh lah buat stress tu hilang dan korang akan boleh terus berguling-guling ketawa macam saya ketawa. wahahaha :D






tak cukup itu? anda boleh pergi SINI(credit for picture) lagi. explore lah sendiri. baru syok.




next please!


*main game. game. game. jangan berhabis 24/7 kau pergi layan games tu sampai tension. memang kau sedang menempah maut stress.macam saya, saya pergi main farmville. huyeah! syok oo. (jgn gedik gedik tanya aku level bape) tapi, game apa yang tak buat orang addict kan? P_0  hohoho


lelaki ke perempuan ke, semua layan benda ni. eh. ye ke?


ni my little bro yang main. umur 11 thn, tp mengaku 20 thn. layannn


korang masih stress? hmm...nampaknya memang dah takde cara lain. dan inilah paling mujarab buat korang.
-
-
-
-
-
-
-
-



tiada yang lebih baik, melainkan berdampingan dengan-Nya





pssst: ada gaya ustazah tak?  have fun!

April 16, 2010

metro mak saya. ehh bukan.retro mak saya.

salam and hi people (:


cakap time entry lepas berhabis lah kata busy sangat. tettt. busy dah habis. phewitt. semua kerja dah dipermudahkan untuk siap. alhamdulillah. Allah bless me. cuma ada sikit-sikit busy tapi xdelah tahap gaban punya. tahap anak ayam je. kali ni saya nak cerita pasal mak saya lagi. err. pernah ke dengar sebelum ni dalam previous entry? hmmm
-------------------------------------------

mak saya ni macam sekepala gak lah dengan saya. alah macam gilmore girls. sebab saya dah xde kaum sendiri dalam family ni, so semua gosip-gosip kami akan share. hah. lagi-lagi kalau kau memang kawan aku. semua part saya cerita. jangan kata a-z, sampai ke ISS pun kami share. pasal dia tu kene reject,pasal jojo dengan #$%& opss, pasal teyra yang tunggang-langgang ternak lembu, pasal hero novel tu, pasal kain langsir yg cunn, pasal apehal hantaran dia rm8k, pasal nak carikan jodoh dan macam macam lagi pasal-pasalnya. oh. beliau juga selalu menyibuk-nyibuk pasal saya. nak jadikan cerita. one fine evening while me opened the tv...


kami selalu bajet cmni. haha


dah bukak tv. tengok jam pukul 5.30.petang. xd cerita best sambil nak tunggu drama tv3 6.30. ada lagi 30minit. memang sesuai untuk bersenam. bersenam? bukan yg macam dalam otak awak semua yang keluar rumah buat tekan tubi or  lari setempat tu. bukan. bukan. saya hanya menaiki mesin exercise tu. haa. ada tau sebijik kat umah yang didakwa untuk kuruskan badan. line memang clear. xd orang nak guna plug. cun sangat lah. kalau dapat satu round kompem kurus. 

keadaan mesin mmg xmemuaskan dimana habuk-habuk kecil banyak.tanda sering jarang digunakan.lap lap sikit. naik. on plug. start. memang niat nak buat one round lah. 

sekali tu mak saya datang.
'dah kak, turun. ibu nak guna'

apakah??? selama saya dirumah, xde pulak nak sebuk-sebuk. ni time time orang nak kurus, dia pulak nak sebuk. memang hampa. 

'orang baru mula lah'
'ish. turun je lah. tu dah separuh round.ok lah. tak kurus punya. dah turun turun'

sebab xnak jadi tenggang. maka turunlah dgn hampa. 

terus g ke tv. tak sempat tukar chanel pun lagi, mak saya kata
'dah siap. amik ni'

perghh makcik ni. kejap gila. rupanya niat ingin menyibuk sahaja. apakah!

-sekian terima kasih-



pssstt: nak kenal dgn beliau?meh dtg rumah.ohh.dia teruja bila dga org nk dtg.jgn lupa order makanan apa nak before datang!:D

April 7, 2010

masa oh masa

salam people (:


1. saya memang sangat busy. tapi bila duduk pikir-pikir, tah apa-apa tah yang bust nya. kerja masih diamek ringan.
2. tekanan ohh dengan subjek sosiologi yang bahan reference nya berada dalam pasaran indon. memang saya jawa, tapi tahukah anda, saya tak paham langsung!
3. kerja dan kerja dan kerja dan kerjaaaa. fuhhh. bila nak siap. hmm. boleh tak hantar lambat? haha
4. apa tah, walaupun busy tapi masih main farmville. gila apa.
5. meng-counting hari demi hari untuk pulang rumah. lamanyaa.
6. bila nak exam ni?


so, end this, 
masa memang cepat je lari. sape ada extra masa? meh share sikit. eh banyak!

April 3, 2010

i found it, and i'm glad to share it

salam and hai you there :)

gambar terpaksa di blurkan atas sebab sebab teknikal
_______________________________________________



PEREMPUAN

Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!
________________________________________
Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!
________________________________________
Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempua bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
________________________________________
Wanita memang pemurah… sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!
________________________________________
Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu… tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!
________________________________________
Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!
________________________________________
Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!
________________________________________
Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per… per… !
________________________________________
Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!
________________________________________
Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!
________________________________________
Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!
________________________________________
Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!
________________________________________
Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.
________________________________________
Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!
________________________________________
Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!
________________________________________
Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!
________________________________________
Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!
________________________________________
Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.
________________________________________
Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai…
________________________________________
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!
________________________________________
Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi. Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki ataupun perempuan!

sumber: isuhangat.net


so perempuan, amacam?
just for fun okay.  
anyway, ENJOY!