Showing posts with label family riang. Show all posts
Showing posts with label family riang. Show all posts

May 7, 2011

07 MAY 2011


08 MAY 2011

November 25, 2010

kahwin jom jom jomm!

salam :)

last week on 21st nov, cousin yang paling rapat telah selamat jadi wife orang. memang penat gak lah buat majlis kahwin ni, puihhh. even saya just tolong-tolong buat ala kadar, but fun gak lah join the preparation. banyak gak tips yang beguna yang saya nak share dgn uolss. hehe. tips ni i agak boleh lah jadikan pedoman. 


the pengantin

# waktu cari pelamin kejadah semua tu, yang make up lah baju lah. at first kami kene tipu. derrr. sungguh siot gak lah makcik promoter tersebut. dengan fresh flowers, first wear baju pengantin ikut cutting u, baju nikah and set makan beradap with fresh fresh flowers dalam 3 hibu hinggitt! mula-mula, WOW! sungguh murah. akak tu pon dlm hati dah senyum bagai nak rak. yes yes. kene tipu. at the end, kami tak cakap lah sure but akan datang pada esok harinya with orang tua. otw balik, kami discuss2 dan keluarkan fakta-fakta curiga. salah satunya, boutique tu sikit sangat barang. bila tanya, akak tu kata baru pindah. ciss. the next day, kami tanya boutique lain pasal akak murah tu dan jawapannya DIORANG TU DAH NAK BANKRUP! zasssss!

# nak cari goodies bag, bunga telor, hiasan, bunga bunga, daun daun, set itu, set ini dan jawapannya ialah WELCOME TO AYER HITAM, JOHOR! phewitttt, best gila. kalau korang memang nak save bajet, pergi lah sana. kalau selama ni mata korang kelabu, tapi kali ni mata korang akan hitam terus. tak menang nak pilih. semua cool. cantik. vogue. menarik. tertawan. semua pakej lah ada. yang penting DUUUUUIIITTTT! $$$$

gambar tak cun, sila google sendiri lah. hehe

# and jangan lupa buat list barang or things to do. memang penting lah thing to do ni. korang kene ada contact2 sewa khemah, catering ke, orang cuci pinggan, orang angkat sampah and macam-macam lah. and not forget dah siap dah thing to do one day before majlis. kranya tinggal tunggu tetamu je lah datang.

# lastly, malam after majlis, nak lagi meriah kami buat lucky draw. sangat sangat seronok wehh. semua dah penat kemas dapat hadiah lagi. sangat berbaloi lah kan. sambil tu buat upacara potong cake and buka hadiah. best best best!


rasanya tu sahajalah benda yang terjadi sepanjang olok-olok jadi wedding planner ni. kihkihkih. 



peacee^-^


May 31, 2010

pulangkan duit sunat aku!

salam people :)


i'm home. hihi. mungkin kedengaran akan bosan bila post-post entry cakap macam tu. hmm. kalau anda jadi anak perantau, ang tau lah ginilah perasaan saya yang dok bising-bising bila lah cuti. well, my home is heaven! macam biasalah, next week school hols, and plus last weekend was off day because of wesak day. and also full with the invited to attend kenduri kahwin. i LIKE! hari sabtu attend for 3 majlis. ambik kau. jadi anak tunggal yang dok diusung ke hulu hilir oleh ibu bapa. ohh. tak lupa nak share hari jumaat tu saya pergi teman my cousin cari barang kahwin. macam wedding planner weh. seronok tengok gaya pusat andaman dok promote diaorang punya baju kahwin. nanti next entry saya cerita pasal wedding planner ni.


ok. berbalik pada becoming school holiday, konfem busy kan. time ni lah budak-budak sunat. i know well sebab bawah saya ada 3 orang little brothers. tiba-tiba teringat first time diorang sunat iaitu adik bawah saya.


***************************************************
2000 rasanya. sunat kat mane tah saya tak tau. tau tau dah balik dengan berkain. time tu dalam hati memang dah takde niat nak buli. semua bekecai sebab tengok dia yg dah tak boleh ajak wrestling. pastu asyik baring je. makan pun ibu yang bawak. memang macam raja lah time tu. saya pun duduk lah tepi dia nak jaga lah konon. pastu kan datang lah orang melawat. rupa-rupanya, time salam dengan orang tu, diorang kasi duit. ciss. tak adil betul.sunat je pun, bukan hari raya. tapi saya diam je lah. buat-buat tak nampak. pastu sampai lah satu time tu.


'kak, kau tolong jagakan duit sunat aku boleh tak?'
'asal pulak. bagilah ayah. kang aku guna baru tau!'
'alah, kau jagalah'
'taknak. aku takleh pegang duit, kang aku g guna'
'aku tak kisah, kau pegang jelah, nak guna pun xpe'
'eh, betul ke ni?'
'betul. guna ar.'


maka duit tu pun saya pegang pegang pegang dan pegang. oh ye, sempat juga digunakan. sampailah....


****************************************************
2009.time hari raya.


'kak, aku rasa kau macam ada hutang lah dengan aku'
'eh, apehal pulak. aku dah belanje kau macam-macam. tu jeans dengan baju ketat topman tu duit aku tu'
'tapi aku rasa macam ada something'
'dahlah. aku tau kau jeles atuk tu kasi duit lebih kalau budak dah spm, jangan risau, tahun depan kau pun dapat'


pompangpompang. raya raya raya. masuk kereta.


'kak, aku dah ingat hutang tu'
'ape dia. ish sibuklah'
'kau hutang DUIT SUNAT aku wehh. banyak tu. kalau tak silap aku rm40++'
'ehhh errr. ada ke?'
'amboi kau ni kak. aku yang sakit, kau yang songlap duit aku eh'
'er, bukan kau kasi ke?'
'aku cakap pegangkan. dah guna ganti ah'
'bukan halal ke?'
'aku dah cakap guna boleh, tp ganti balik. kak, duit sunat tu. valueable beb'
'takde duit ah'
'arghh. tu kasi duit raya tu. aku dengar  dah beratus, mai lah'




tak pasal-pasal terbang duit aku. ciss. saya ingat dia kasi free. sengal betul. 
sebenarnya tulis entry ni sebab saya pakai tshirt lee dia warna putih masuk machine jadi pink. WAHAHAHA. ampunkan daku!




dah dapat duit, peace2 eh kau! grr



April 16, 2010

metro mak saya. ehh bukan.retro mak saya.

salam and hi people (:


cakap time entry lepas berhabis lah kata busy sangat. tettt. busy dah habis. phewitt. semua kerja dah dipermudahkan untuk siap. alhamdulillah. Allah bless me. cuma ada sikit-sikit busy tapi xdelah tahap gaban punya. tahap anak ayam je. kali ni saya nak cerita pasal mak saya lagi. err. pernah ke dengar sebelum ni dalam previous entry? hmmm
-------------------------------------------

mak saya ni macam sekepala gak lah dengan saya. alah macam gilmore girls. sebab saya dah xde kaum sendiri dalam family ni, so semua gosip-gosip kami akan share. hah. lagi-lagi kalau kau memang kawan aku. semua part saya cerita. jangan kata a-z, sampai ke ISS pun kami share. pasal dia tu kene reject,pasal jojo dengan #$%& opss, pasal teyra yang tunggang-langgang ternak lembu, pasal hero novel tu, pasal kain langsir yg cunn, pasal apehal hantaran dia rm8k, pasal nak carikan jodoh dan macam macam lagi pasal-pasalnya. oh. beliau juga selalu menyibuk-nyibuk pasal saya. nak jadikan cerita. one fine evening while me opened the tv...


kami selalu bajet cmni. haha


dah bukak tv. tengok jam pukul 5.30.petang. xd cerita best sambil nak tunggu drama tv3 6.30. ada lagi 30minit. memang sesuai untuk bersenam. bersenam? bukan yg macam dalam otak awak semua yang keluar rumah buat tekan tubi or  lari setempat tu. bukan. bukan. saya hanya menaiki mesin exercise tu. haa. ada tau sebijik kat umah yang didakwa untuk kuruskan badan. line memang clear. xd orang nak guna plug. cun sangat lah. kalau dapat satu round kompem kurus. 

keadaan mesin mmg xmemuaskan dimana habuk-habuk kecil banyak.tanda sering jarang digunakan.lap lap sikit. naik. on plug. start. memang niat nak buat one round lah. 

sekali tu mak saya datang.
'dah kak, turun. ibu nak guna'

apakah??? selama saya dirumah, xde pulak nak sebuk-sebuk. ni time time orang nak kurus, dia pulak nak sebuk. memang hampa. 

'orang baru mula lah'
'ish. turun je lah. tu dah separuh round.ok lah. tak kurus punya. dah turun turun'

sebab xnak jadi tenggang. maka turunlah dgn hampa. 

terus g ke tv. tak sempat tukar chanel pun lagi, mak saya kata
'dah siap. amik ni'

perghh makcik ni. kejap gila. rupanya niat ingin menyibuk sahaja. apakah!

-sekian terima kasih-



pssstt: nak kenal dgn beliau?meh dtg rumah.ohh.dia teruja bila dga org nk dtg.jgn lupa order makanan apa nak before datang!:D

December 5, 2009

saya kan kakak

salam lagi people ;)

saya masih lagi dalam mood 'rumah orang kahwin' dan bukan saya yang kahwin. dah jangan tanya aku lagi soalan yang hot hot macam 'err,u kawin ke' dan 'eh,kenapa kawin tak ajak'. diam awak awak semua. alahai, takkan lah i yang umur err belas belasan tahun ni nak kahwin dah kot.cet! jantung i tak balik tanah tumpah negara ku lagi kot!haha. ok next.

sejak kat rumah ni, selalu lah saya dan brothers saya bergaduh. memang lah air dicincang tak kan putus tapi saya cincang adik saya boleh putus tau!hahaha. biasanya kami gaduh sebab:
  1. REMOTE ASTRO! mana tahan balik balik dia saja yang duduk depan tv dan tengok chanel fevret dia je. memang lah saya layan gak cartoon cartoon ni, tapi kalau dah dua puluh empat jam setengah tengok cartoon je, aku tengok mak aku pon nampak macam mak hagemaru!mana tahan!
  2. LAPTOP. ni satu hal. time saya nak guna laptop saya, dia nak guna jugak, dah tu, bila guna taknak kemas. berangin lah saya satu badan.
  3. REMOTE GAME. err, memang lah kalau lawan game car race saya yang kalah, tapi tak bagi can langsung saya as their sister untuk bermain. dia orang kata membazir masa sebab i takde skill!huh
  4. CAWAN. dah minum taknak letak dapur. memang lah i ganti mak i terus membebel tak tentu hala sampai cawan tu hilang dari bawah kerusi.kahkahkah.
anyway,
ingat perempuan takleh menang ke kalau gaduh. TIDAK LAGI! saya mesti menang sebab saya kan kakak. hehe. hebat tu tittle dia. setuju tak? :)

October 7, 2009

maid hot 1

salam people.

my aunty ada maid baru.
i tanya dia "sape nama u"
i dengar dia cakap "mimi"
i pon cakap "oww.mimi suhaiza"
dia cakap "bukan la. namanya minie"
i pon jawab lagi "oww.kalau gitu mini mouse"
tiba-tiba cousin i cakap "taklah. mini market"
nak lempang tak??

September 28, 2009

misi penculikan nana

ini nana






misi: nak culik nana bawak ke tawau
mangsa: nana ke??
umur: satu tahun be bulan bulan.
procedure: menghabiskan masa bersama nana pada waktu malam.main conteng conteng kaki. pastu ingat nak conteng pipi sekali tapi tak berjaya. pergi ke tingkapdan usha brother brother mandi kat pool.haha.ni idea nana. aunty ikut je. pastu tengok afi dan abah. nana nak dance so kene bukak tv2 ada lagu raya. nana suka lagu. memang beseni cam aunty.haha. tido lewat malam setelah mandi buat kali ke dua. pagi pagi lagi dah bangun nak hantar aunty g airport. saya dah pasang niat nak culik. line cam clear. otw dari cheras ke klia, paklong sesat jalan pulak. so masa di ambil agak lama. nana sangat seronok la sebab sepanjang jalan kuar lagu raya. lagu fevret dia i'm yours pun ada. sampai klia. ajak nana keluar. nana taknak. ceh.
mission: incomplete.
pasanan: aunty tak jadi nak kasi nana duit raya! tapi mama nana kasi duit raya.yahooo :)