October 7, 2009

maid hot 1

salam people.

my aunty ada maid baru.
i tanya dia "sape nama u"
i dengar dia cakap "mimi"
i pon cakap "oww.mimi suhaiza"
dia cakap "bukan la. namanya minie"
i pon jawab lagi "oww.kalau gitu mini mouse"
tiba-tiba cousin i cakap "taklah. mini market"
nak lempang tak??

October 4, 2009

W595

saya selalu misplace handphone.
bila sedar ia hilang,
saya akan check out kat bilik-bilik yg saya jengah.
padahal ada atas katil.
pastu mereka yg tau sy hilang hp,
segera sorokkn hp sy bawah bantal mereka.
patut tak gantung hp kat leher?
*----*

October 3, 2009

ketam masak masak

ok people. hari ni i'm gonna teach u cara nak masak ketam.
ok, make sure you have your pen and note in your hand. good luck :)

bahan-bahan mudah sahaja. ketam beberapa ekor (jangan gatal nak cari ekor ketam pulak.sampai saya bercucu pun awk takkan jumpa). bawang putih. bawang merah. cili boh. sos tiram. sos tomato. sos cili. garam dan gula juga diperlukan. jangan lupa sediakan kuali, sudip, minyak masak, elektrik, pinggan dan perut yang lapar.

blend semua jenis bawang. panaskan minyak. ketam turut direbus dalam periuk sebelahnya. tumis semua bawang yang di-blend. masukkan cili boh. tunggu sampai minyak naik. buat ni kene ikut step. jangan gatal-gatal buat ngan gelojoh. kemudian masukkan semua bahan yang tak masuk lagi dalam kuali kecuali ketam.

lastly,
ok..api tepadam.hidupkan api.
api masih tak menyala. gas habis.kembali ke bilik utk tido.dah pagi.

sekian..

October 1, 2009

kursus nikah

salam people :)

time ramadhan hari tu muncul borang kursus kawen kat kelas saya. apalagi.segala malaun-malaun kelas saya pon dengan gelojoh tulis nama sendiri. ada gak yang gedik gedik nak tulis nama partner yang nun jauuuuuh kat sana. ape hal plak. tak payah la. time ni diorang cakap yuran cuma RM20. siap makan apa la semua. macam macam la pekataan manis. ada tu siap da pilih nak tema pelamin wana apa. hey hey. umur baru 19 pon dah gelojoh. bukan???

___________________________________________________

raya. kembali selepas raya. naik ke kelas. semangat tentula kobar-kobar. semua tertanya tanya mengenai kursus yang dijanjikan. semua nafsu dah gelojoh nak kumpul ilmu kat dada. bab bab macam ni WAJIB tahu! tiba tiba. tengah khusuk tengok mukabuku, muncul orang hantar kertas.

PERHATIAN!
KURSUS PERKAHWINAN ANJURAN xxxxx
MASA: pagi sampai matahari tebenam kot.
YURAN: HANYA RM80.

what???hari tu kata rm20. asal jadi rm80?? saya orang first angkat tangan cakap "aku cancel. nanti aku g sendiri ngan husband to be aku. time tu mukin rm80 takde masalah buat i"
saya toleh ke kanan dan kiri. semua turut angkat tangan sambil berkata "kalau g kursus sekarang mukin akan lupa apa yang dipelajari"

sengal kan???