December 17, 2009

seratus pertama

ini entry yang ke-SERATUS saya, people :)

SALAM MAAL HIJRAH
semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun lepas
amin

December 11, 2009

aktiviti mentabik tangan

hi there,

kali ni dah xde mood nak cerita pasal orang kahwin. tapi tak tahu la kalau next entry. haha. penulis memang kadang kala tak serupa bikin. alah, macam you tak kan? apa korang buat pada hujung hujung tahun macam ni. adakah tengah cuba mengingat kembali peristiwa lama? atau korang tengah pikir apakah tema baju raya next year atau sedang berfikir sama ada ya atau tidak. tapi tak lupa juga pada JUALAN HEBAT HUJUNG TAHUN berbaloi baloi :))

therefore,
sewaktu menunggu my mom membayar harga barangan yang telah diborong di parkson somewhere last week, saya terpandang a man ni tengah stay tepi dinding. nak snap picture, tapi takut dia pon ada blog tak pasal pasal saman aku!haha. okay. TABIK TANGAN hyep hyep kat encik nih. memang cool lah kan nak teman kan his wife yang tengah dok capai macam macam. at least, dia pergi masuk dalam join isteri dia pilih barang. tak macam ada orang yang lebih rela tidur dalam kereta atau melepak kat mamak tengok bola. ish. tak gentleman betul. tengok encik tadi tu, even he is not shopoholic ke, tapi dia try la kan teman isteri dia. sebab saya yang PEREMPUAN ni pun dah penat okay. PENAT. ish.

tapi,
adakah saya turut join encik tadi lepak tepi dinding?tentu tidak. nak kena maki hamun ke?

p/s:jangan tanya xde kerusi ke untuk duduk.mata saya dah kelabu tengok mak saya yang asyik eh eh ini ok tak. eh ini muat tak. perempuan perempuan.

December 5, 2009

saya kan kakak

salam lagi people ;)

saya masih lagi dalam mood 'rumah orang kahwin' dan bukan saya yang kahwin. dah jangan tanya aku lagi soalan yang hot hot macam 'err,u kawin ke' dan 'eh,kenapa kawin tak ajak'. diam awak awak semua. alahai, takkan lah i yang umur err belas belasan tahun ni nak kahwin dah kot.cet! jantung i tak balik tanah tumpah negara ku lagi kot!haha. ok next.

sejak kat rumah ni, selalu lah saya dan brothers saya bergaduh. memang lah air dicincang tak kan putus tapi saya cincang adik saya boleh putus tau!hahaha. biasanya kami gaduh sebab:
  1. REMOTE ASTRO! mana tahan balik balik dia saja yang duduk depan tv dan tengok chanel fevret dia je. memang lah saya layan gak cartoon cartoon ni, tapi kalau dah dua puluh empat jam setengah tengok cartoon je, aku tengok mak aku pon nampak macam mak hagemaru!mana tahan!
  2. LAPTOP. ni satu hal. time saya nak guna laptop saya, dia nak guna jugak, dah tu, bila guna taknak kemas. berangin lah saya satu badan.
  3. REMOTE GAME. err, memang lah kalau lawan game car race saya yang kalah, tapi tak bagi can langsung saya as their sister untuk bermain. dia orang kata membazir masa sebab i takde skill!huh
  4. CAWAN. dah minum taknak letak dapur. memang lah i ganti mak i terus membebel tak tentu hala sampai cawan tu hilang dari bawah kerusi.kahkahkah.
anyway,
ingat perempuan takleh menang ke kalau gaduh. TIDAK LAGI! saya mesti menang sebab saya kan kakak. hehe. hebat tu tittle dia. setuju tak? :)