March 25, 2010

hello ex- londanglian. err..belasah jelah.

salam people ;)
awak pernah pergi londang? ehh, bukan, maksud saya sebenarnya disini ialah masjid tanah. atau lebih dikenali matrikulasi melaka aka londang. haha. sweet kan nama dia? first time i was wondered, apehal lah nama elok-elok kmm jadi matrik londang. rupanya, apabila di google kan, menghasilkan ini : 


nampak tak JALAN LONDANG??

ooooooowwwwwhhhh. tandanya baru saya paham. paling best pasal kmm ni, yell dia. aduai. mmg susah nak catch up. maklumlah, bukan atlet kakum. hahaaa. sebenarnya, saya nak cerita pasal pengalaman yang tak boleh dilupakan sewaktu berada di KOLEJ MATRIKULASI MELAKA. sila ikuti ceramah saya. jangan lupa baca bismillah dulu tau.kang banyak syaitan duduk sebelah, ngantuk plak. hihi. 

satu petang, balik tutor hari khamis. area pukul 5 lebih lah. time memang perut dong dang deng dang gila gaban sebab menuntut ilmu kan. saya dengan kawan kawan pergi lah serbu kafe B. dinner mmg port baik punya dekat kafe B. saingan tak sengit sgt sebab lelaki dah takleh pergi, lepastu pempuan pulak byk yg makan dekat kafe A. yang lebih menariknya, kafe B ada fast food. ala, bukan seprti yang korang bayangkan mcd ke, kfc ke, memang aku pelangkung kau. benda tu mana wujud. paling dekat pun kat masjid tanah. fast food tu nasi lemak plus laksa apa tah tapi memang sedap ah. sebab dah lapar, saya pun serbu lah nasi lemak. ada sorang wanita tu jaga kawasan nasi lemak ni. dia yang tolong amikkan letak kat pinggan. 

saya, "makcik. bagi yang tu hah" (sambil tunjuk kat jenis telur yang nak)
makcik, (tak jawab dan tak angkat muka langsung)

sampai kaunter, kira. tapi tekejut sebab harga mahal dari semalam walaupun semua sama. memang sama. saya ragu ragu. tapi masih bayar je. tiba-tiba kena sound.

makcik, "lain kali panggil akak. awak ingat saya ni tua sangat ke. kahwin pun belum." (cakap sambil mata serius pandang ke muka saya macam kena interview polis)

hampehh. kena cas mahal sebab panggil makcik. esoknya, panggil akak terus murah. aduai.sensitip rupanyaa

kesimpulan,
panggil lah akak dengan abang kat semua jenis kaunter yang anda pergi. kompem murah! 

1 comment:

Unknown said...

hak hak hak...

lain padang lain balalang..
pernah kena...org dtg pejabat tu mmg lagik tua dari saya..datang bw anak sekolah menangah dahh..panggil saya akak?????seb baik la ai ni manusia yang brada di kaunter y kurang sensitip walopon dalam ati cakap..chiet!!taikkucing punya org..hahaha