December 21, 2010

HAHA!

bos berkata kepada setiausaha: Kita akan out-station selama seminggu, jadi aturkan semuanya


setiausaha menelefon suaminya: Bos dan saya akan out station selama seminggu, abang pandai-pandailah jaga diri nanti yaa...


suami telefon buah hatinya: Yahoooo! isteri saya akan out-station selama seminggu, mari kita habiskan masa bersama.


buah hati menelefon murid tuisyennya: Saya kene out-station selama seminggu, jadi awak tak perlu datang tuisyen...


murid tuisyen menelefon atuknya: Atuk, untuk seminggu saya tak ada kelas sebab cikgu sibuk. Yahoo. Atuk datanglah sini, seminggu ni kita boleh bercuti


atuk yg loaded menelefon setiausaha: Minggu ni saya nak habiskan masa dengan cucu saya. Cancel out-station


setiausaha menelefon suaminya: Minggu ni bos saya ada kerja lain, kami batalkan out-station


suami menelefon buah hatinya: Sayang..kita tak dapat nak habiskan masa bersama minggu ni, isteri saya dah batalkan out-station


buah hati telefon murid tuisyennya: Minggu ni kelas macam biasa...


murid tuisyen telefon atuknya: Atuk, cikgu saya cakap minggu ni kene g kelas tuisyen. Sorry. Cuti kita batal.


atuk telefon setiausaha: Jangan risau, minggu ni kita out-station. Jadi uruskan semuanya.










lagi? sambung sendiri. penatlah. hihi

December 15, 2010

cuti oh cuti

assalamualaikum (:


bangun. mandi. makan. tv. tv. baring. tidur. bangun. tv. mandi. makan. tv. tv. tv. tidur. makan. makan.zzzz


agak-agak bosan tak? NO beb! this is so funnnn! (fun lah sangat). nak keluar malas. maklum lah, poket kosong. ada offer kerja tapi emak tak kasi. suruh duduk rumah tanam lemak. gembira bukan?


ok. mari cerita pasal cerita best cuti ni. 




# Ninja boy


ohh. sungguh seronok kalau kadang-kadang tengok cartoon. macam release tension. tambahan pula cerita ni macam-macam. saya paling suka sin bei. yang tengah. sila lah jengah dekat 611-astro ceria. 


oh, tak lupa. ada watak hemo-hemo. hemo-hemo pandai buat tea tau! tugas dia ketuk loceng dekat ninja school. hehe.
hemo hemo




# hantu kak limah balik rumah
best siot cite ni. hahahaha. kalau korang jenis ketawa yang kuat nak rak, memang patut gigit kain kuat-kuat. HAHAHA. sumpah kelakar. part yang paling saya suka time perjumpaan JKKKKKK Kg Pisang, ada sorang brader bulat-bulat ni kene pegang dengan kak limah. semua orang lari tapi dia tak dapat lari sebab dekat kaki dia ada kak limah. memang kelakar gila part tu. sape tak tengok, err tengok lah. tak pun buat-buat lah besabar. mesti nanti ada main dekat astro time raya. hihi. 

# teh tarik kurang manis
picture: google

ini movie yang best jugak lah. saya tertengok cerita ni time petang-petang. jalan cerita dia memang slow je. babak makan makan makan makan. tapi ending nya contains value sangat. lagi satu yang best ada ary malik. watak dia memang comel. ada satu part tu dia kene marah sebab call husband dia 8x sehari. sebab nak tanya abang nak makan ape? lin masak ayam kicap nak tak?tak pun nasi ayam. ke abang nak makan ikan bakar. (lebih kurang camni lah dialog dia) cute sangat.


memang rasa bosan lah pulak duduk rumah. tapi bile piki-pikir, setahun hanya sekali macam ni. so enjoyyyy ^_^ 

p/s: korang buat ape time cuti? share lah.