assalamualaikum and allohaa :)
entry kali ni saya nak cerita panjang lebar tentang tawau. yes tawau. dimana saya akan habiskan dua tahun 1/2 lagi disini. well, first of all, kene tahu dulu where is tawau kan?
timur Sabah
# tawau saya boleh katakan sebagai syurga membeli mutiara. Sebab, ada orang kata pasar filipin di Kota Kinabalu but saya survey, mostly pearl Tawau adalah lebih murah dan berkualiti. Ini bermaksud pearl tersebut original. Nak uji? Bakar dekat api, and it never melt. Mana nak dapat pearl ni, please visit Pasar Gantung. Banyak juga jual perhiasan perempuan yang mostly adalah pearl.Macam brooch, rantai, gelang, kain telekung, kain batik, pelekat, barang perhiasan rumah and baju caftan. So cheap tapi kene pandai tawar harga.
# tawau juga adalah gateway kepada Pulau Mabul, Pulau Sipadan. And yes, pulau-pulau ni sangatlah thing's to visit. Pulau ni terletak di Semporna. Lebih kurang 45 minit kalau berkereta. Kebiasaannya hanya yang memiliki past boleh ke Pulau Sipadan dan bolehlah stay di Pulau Mabul. Ikut pengalaman saya, ada sorang brother ni cadangkan join homestay. Lebih ramai lebih murah sebab dia tawarkan pakej yang berbaloi. Kalau nak cari pakej, saya cadangkan you all Google "Scuba Jeff". Facebook pun boleh.
oh, dulu ada lecturer saya cakap,Sipadan Island ni macam cendawan. Maksudnya struktur island tu kalau tengok dari tepi. Taktau lah kebenarannya, tapi dia asal sini, so maybe nilah keunikan Sipadan Island.
# tawau dari Kota Kinabalu kene naik satu flight sama ada airasia atau maswing. Dalam 45 minit. Naik bus express tidak sampai 12 jam. Tapi last week saya ada trip dengan kawan-kawan naik bus sewa cukup-cukup 12 jam. Tapi saya rasa berbaloi juga lah sebab awak dapat tengok Mount Kinabalu. Lalu Ranau, Kundasang. Laluan dia macam Cameron Highland cuma bezanya orang sini tinggal di bukit-bukit tersebut.I recommend you all rasa lah naik bus Tawau-Kota Kinabalu. Tapi kalau tak tahan pening, jangan naik (:
# tawau ada banyak makanan yang saya rasa rinduuu sangat nak balik tawau kalau cuti. contohnya chicken wing. Kalau kat semenanjung boleh jumpa di pasar malam, tapi saya tak kecur liur pun. Tapi kalau kat Tawau, mesti beli. Mesti. Other, terang bulan. Oh, apa tu terang bulan, niza?
Well, tu kat tempat kita, panggil Apam Balik. Hihi. Nama dia unik kan? Makanan lain, murtabak Jawa, Bakso dan banyak lagilah. And yeah, sini lebih kurang macam Indonesian Food lah. Best.
# and finally, Tawau ada banyakkkkkk seafood yang murah-murah! Well, first time datang sini, my father dah pesan awal-awal untuk bawa balik ketam. And yes, sampai sekarang saya dok hangkut ketam je. Sebab dulu my PakLong pernah stayed here, and dia ajarlah macam mana nak pack and bawak seafood balik. Dan sekarang, roger je, semua number makcik ketam kat Tawau saya dah ada. Hihi. Dan barang-barang laut lain macam ikan bilis, ikan masin, udang kering, sotong kering agak murah berbanding di tempat lain.
dan walaupun orang kata macam-macam, saya rasa bangga jugaklah sebab dapat hidup kat sini. and yess, Tawau takde mcd, gucci, kenny, m.a.c, gardenia dan macam-macam barang yang sekarang orang berlumba-lumba nak. tapi, kau ada pengalaman duduk Tawau? Takde. Personally, tawau ni macam satu kawasan yang ada combination of 2 country. Malaysia. Indonesia. Inilah keunikan tawau pada pandangan saya.
and yes, visit Tawau. Melanconglah dalam negara anda. Nanti ada duit, kita cerita tentang negara luar pulak, okay (:
picture: google. ada masalah dalam upload picture :(
3 comments:
yeay...entry bout tawau....hehe.. bole la ni kan lau aku dtg tawau ko belanje bakso n coto makassar ya..n abc milo....hehehehe =P
tak de tmpat jual2 blouse ke ape ke??leh mnta tolong berbayar niza nnti..tlg bekalkan..hahaha..leh??
pzul- takat bakso dua ringgit, boleh sangatttt. hikhikhik
kak g-alamak, jd bisnesman ni yg mls. keje nk bg free ngn discount xtra je nti. rugi memanjangg. nak ke? hihi
Post a Comment