October 26, 2012

#Try





August 6, 2011

Again Ramadhan at Tawau


Ramadhan 1432 H.
Berada lagi di Tawau, Sabah. Thanks Allah, giving the chance meet this barakah month. 

And yes, kat sni buka awal. The fact, Tawau salah satu tempat di Malaysia yang buka awal. And menurut taqwim yang diberikan, on 29 Ramadhan buka seawal 6.18 petang. 

Tapi sayang, time tu saya berada di Malaya. Hehe. 
For time being, semoga amalan kita akan lebih diberkati :) Insyaallah


ps: Rindu nana. Nanti raya sama2 aunty eh :)

July 9, 2011

Do you know how much I miss them, hmm?

She


and They


Assalamualaikum and hello you there :)

Siapakah mereka? Yup. Mereka kawan dunia akhirat yang paling paling paling sukar nak diganti dengan mana-mana kawan lain. Do you how much they are? Even Donald Trump cannot buy them for me :(

Mereka ni lah lovely-doovey-roommates  saya. Kami dah kenal since Form One at Mrsm Pasir Salak. And yeah, tiga tahun disana, merekalah kawan susah senang susah senang senang senang dengan saya. 

Kami pernah share katil sama-sama. Lagi-lagi Fatin Raihanna (1st picture). Dari form one, suka sangat tido sama dengan saya. Even i dah kemas katil dia, susunkan selimut, tarikkan cadar dan esok pagi...masih menghimpit tido disebelah saya. Tahu tak betapa rindunya saya to have my sweet partner beside me yang menyibuk macam dia?

Macam tu jugak dengan afiqah and lane (2nd Picture). Lane tu kalau membebel, Ya Allah, semua mak kat dunia pun boleh kalah. Sana sini semua dia cakap. Memang boring. Tapi tahukah yang boring tulah saya dok ingat ingat ingat sampai sekarang? Afiqah pulak yang selalu ajar benda bukan-bukan dan selalu blur. Haha. Suka emo-emo. Dulu siap angkut kami pergi outing sebab nak beli collection Nightmare before Christmas. Keranda pulak tu. Hahaha. Tak de kerja, membazir! 

Di relationship inilah saya belajar macam-macam harga dunia. Harga yang tidak boleh dibeli dengan mana-mana orang lain hatta diri sendiri. Thus, hargai rakan anda. You should have them at least one. How could you stand in this world by yourself sedangkan disekeliling you, ramai orang sedang menghulur tangan untuk bersama kamu?

And yes, always keep in touch. Pada saya, kalau tak dapat jumpa pun asalkan dapat menatap gambar korang sihat sejahtera pun, Okay!


Do you remember?

"Friendship U Can Keep" promise? :D

June 28, 2011

edisi kahwin lagi

assalamualaikum and hai :)


ingat tak dulu saya pernah post pasal majlis kahwin? and  yes. It is HERE. Now, saya nak sambung some tips yang saya rasa penting juga dalam memastikan your wedding dream going smoothly ;)


and well, cuti ni saya attend my cousin's wedding again. 


# Tarikh Kahwin




Bukan sahaja penting untuk You yang kahwin, tapi saya rasa penting juga untuk people around you yang akan attend majlis you. Buat apa buat majlis wedding of the year tapi kalau saudara-mara dan sahabat handai tak dapat hadir untuk memeriahkan majlis kahwin you kan. Kedatangan mereka bukankah sebagai penyeri sahaja, malahan sebagai the ones yang akan doakan kebahagiaan majlis you hingga ke akhirat kelak?


So, for me. Yes tarikh tu memang best kalau buat time school holiday. Cuba kita fikir jap. Mak Ucu ada 4 anak yang masih sekolah rendah. Mak Ucu rapat sangat dengan kita. Then kita nak sangat Mak Ucu whole family ada dalam majlis kita for 2 days lah. Tapi majlis kita weekend bukan school holidays. And anak Mak Ucu yang first will sit for UPSR and ada extra class pulak time kita kahwin. So dia dapat attend kejap je. So sad bukannn?? Sobsobsobbss


# Goodies bag


Atau beg hadiah untuk tetamu yang datang. Sekarang macam-amacam orang isi dalam goodies bag. Jangan cakaplah, ada time dulu sudu and garfu kecil dalam beg yang bertali. Saya tak faham sungguh dengan maksud hadiah tu. And one day, mak saya cakap sudu and garfu kecil ni untuk makan muffin. OHHHHHH. Baru tahu. Tapi bila dah tau, you dapat muffin, you makan ke guna sudu and garfu tu? Tak bukan.


So, yaa beg tersebut haruslah berisi something yang you rasa kalau diri sendiri dapat, you akan OH, boleh makan. Atau Oh, Best! Tak perlu lah berisi benda yang membazir. Lagi bagus duit tu buat tambah dekat part lain. One thing, boleh je isi souvenir yang bila orang tengok, terus Ini dapat waktu kahwin si A tu. Pun berbaloi gak kan.




Sekian tips yang saya dapat. Ini hanya pandangan persendirian. Bukan pandangan hasil kajian. Terima kasih. Hihihi




she is anis syahira

this is, our dentist



beribu-riban jugaklah photo yang diambil. Ala, biasalah orang gigil dok snap guna dslr. 
Pfttt +_+

oh, ye. Have fun. Semester 4 dah masuk. Kelas banyak sampai petang. Terpaksa tido malam sahaja. Night world :)



May 19, 2011

hello awesome!

drop by to announce this awesome guy!







find him at youtube! jazz hayat feat aziz harun









May 17, 2011

hujung sem

assalamualaikum and hello :)


and yes, saya tau most of students dah habis exam. me?
baru je nak start the papers. wish me luck :)


currently,
saya baru baik demam
oh, my mom cakap demam putus cinta. pfftt T___T


so, 
meet me for next two weeks 


g o o d l u c k, n i z a
a n d 
h a p p y t e a c h e r' s d a y!




double thanks for my sha sebab wish. hihi






 "chocolate is good, but your friendship is better"

May 7, 2011

07 MAY 2011


08 MAY 2011

April 29, 2011

kenapa

assalamualaikum and hello (:


nah hadiah. tq datang :)


this are something yang saya nak share dengan korang semua:

  1. kenapa kan some people suke cakap sowy instead of sorry?
  2. kenapa kan some people dah cakap sorry tapi masih masih masih buat kesalahan yang sama?
  3. kenapa kan some people suka mengaku angelic dekat facebook yang friends beribu raban tapi haram tak kenal?
  4. kenapa kan harga makanan kat medan selera macam makin mahal?
  5. kenapa kan suami pergi mengurat pempuan lain?
  6. kenapa kan susu dutch lady tu rasa macam lembu tapi susu marigold rasa sedap?
  7. kenapa kan duit makan makin hari makin banyak habis?
  8. kenapa kan saya cepat penat?
  9. kenapa kan sekarang saya suka suka dan suka sangat tido?
  10. dan, kenapa lah lambat hari gerak ni. tak sabar nak exam. cuti dan huhahuha ?


banyak betul persoalan. pening. pusing.

April 26, 2011

kesian ;(

kadang-kala,
kita memang patut tunjuk simpati pada orang




kesian dia.
this is karma. 
what goes around comes back around

April 16, 2011

Tips Tawau

assalamualaikum and allohaa :)


entry kali ni saya nak cerita panjang lebar tentang tawau. yes tawau. dimana saya akan habiskan dua tahun 1/2 lagi disini. well, first of all, kene tahu dulu where is tawau kan?

timur Sabah

# tawau saya boleh katakan sebagai syurga membeli mutiara. Sebab, ada orang kata pasar filipin di Kota Kinabalu but saya survey, mostly pearl Tawau adalah lebih murah dan berkualiti. Ini bermaksud pearl tersebut original. Nak uji? Bakar dekat api, and it never melt. Mana nak dapat pearl ni, please visit Pasar Gantung. Banyak juga jual perhiasan perempuan yang mostly adalah pearl.Macam brooch, rantai, gelang, kain telekung, kain batik, pelekat, barang perhiasan rumah and baju caftan. So cheap tapi kene pandai tawar harga. 


# tawau juga adalah gateway kepada Pulau Mabul, Pulau Sipadan. And yes, pulau-pulau ni sangatlah thing's to visit. Pulau ni terletak di Semporna. Lebih kurang 45 minit kalau berkereta. Kebiasaannya hanya yang memiliki past boleh ke Pulau Sipadan dan bolehlah stay di Pulau Mabul. Ikut pengalaman saya, ada sorang brother ni cadangkan join homestay. Lebih ramai lebih murah sebab dia tawarkan pakej yang berbaloi. Kalau nak cari pakej, saya cadangkan you all Google "Scuba Jeff". Facebook pun boleh. 


oh, dulu ada lecturer saya cakap,Sipadan Island ni macam cendawan. Maksudnya struktur island tu kalau tengok dari tepi. Taktau lah kebenarannya, tapi dia asal sini, so maybe nilah keunikan Sipadan Island.

# tawau dari Kota Kinabalu kene naik satu flight sama ada airasia atau maswing. Dalam 45 minit. Naik bus express tidak sampai 12 jam. Tapi last week saya ada trip dengan kawan-kawan naik bus sewa cukup-cukup 12 jam. Tapi saya rasa berbaloi juga lah sebab awak dapat tengok Mount Kinabalu. Lalu Ranau, Kundasang. Laluan dia macam Cameron Highland cuma bezanya orang sini tinggal di bukit-bukit tersebut.I recommend you all rasa lah naik bus Tawau-Kota Kinabalu. Tapi kalau tak tahan pening, jangan naik (: 


# tawau ada banyak makanan yang saya rasa rinduuu sangat nak balik tawau kalau cuti. contohnya chicken wing. Kalau kat semenanjung boleh jumpa di pasar malam, tapi saya tak kecur liur pun. Tapi kalau kat Tawau, mesti beli. Mesti. Other, terang bulan. Oh, apa tu terang bulan, niza?


Well, tu kat tempat kita, panggil Apam Balik. Hihi. Nama dia unik kan? Makanan lain, murtabak Jawa, Bakso dan banyak lagilah. And yeah, sini lebih kurang macam Indonesian Food lah. Best. 

# and finally, Tawau ada banyakkkkkk seafood yang murah-murah! Well, first time datang sini, my father dah pesan awal-awal untuk bawa balik ketam. And yes, sampai sekarang saya dok hangkut ketam je. Sebab dulu my PakLong pernah stayed here, and dia ajarlah macam mana nak pack and bawak seafood balik. Dan sekarang, roger je, semua number makcik ketam kat Tawau saya dah ada. Hihi. Dan barang-barang laut lain macam ikan bilis, ikan masin, udang kering, sotong kering agak murah berbanding di tempat lain. 


dan walaupun orang kata macam-macam, saya rasa bangga jugaklah sebab dapat hidup kat sini. and yess, Tawau takde mcd, gucci, kenny, m.a.c, gardenia dan macam-macam barang yang sekarang orang berlumba-lumba nak. tapi, kau ada pengalaman duduk Tawau? Takde. Personally, tawau ni macam satu kawasan yang ada combination of 2 country. Malaysia. Indonesia. Inilah keunikan tawau pada pandangan saya.

and yes, visit Tawau. Melanconglah dalam negara anda. Nanti ada duit, kita cerita tentang negara luar pulak, okay (:


picture: google. ada masalah dalam upload picture :(