March 6, 2010

sebab mengapa dah besar nak kembali pada zaman kanak-kanak

salam people ;)


pernah tak korang ingat balik, bila korang start tahu menulis ABC?agak-agak, pernah tak ingat pada jam 1.46 pm hari selasa waktu bulan ogos minggu pertama tahun 87 korang buat apa?tak pun, pernah tak korang terfikir, kenapa lah dulu time darjah satu aku tak join lumba lari dalam guni tu? banyak sangat perkara yang saya fikirkan tentang zaman kanak-kanak dulu. dan ini telah merangsang saya untuk kembali pada zaman tersebut.

* tak payah serabut kepala otak fikirkan masalah due date assignment yang dah dekat. tajuk pun masih porak peranda. kalau budak, boleh lah sibuk kan diri dengan preview alice in the wonderland atau pun tulis surat untuk PM. mudah. senang!

* takde lah tangan gedik gedik nak bukak facebook dan meng-update status. ini tak, bukak je laptop, terus capai facebook. tak ingat pun dunia lain. tapi, kalau jadi budak bosan plak takde fb. hahaa

* owh. boleh la pergi bermain semua jenis permainan tradisional dan moden tanpa henti. tapi bila fikir balik, dulu saya asyik main rumah-rumah, mak-mak,dan kawen-kawen. sumpah tak maju betul. dari kecik dah pandai main kawen-kawen dan mak-mak. nampak sangat gatal. hahaha

* suruh mak hantar pergi sekolah seawal umur 3 tahun. lepas tu nak masuk sekolah orang putih. biar bersepai lidah cakap omputih. mungkin masuk debate dan story telling dah tak heran pada umur 5 tahun. haha. lepas tu, boleh ajar nenek speaking semula. maklumlah, dulu kan nenek sekolah penang free school. ok.ni tipu.

*tapi, mesti lah paling best, kanak-kanak ni tiada dosa. boleh lah masuk syurga. haha. 


ini zaman kanak-kanak saya.


2 comments:

athirahMM said...

hai si comel. si comel refer pada zaman kanak kanak sahaja. bukan masa dah remaja.

Unknown said...

hmm...lau betul leh stop mase gitu..tp tu ar...


jgn bimbang...dah makin naik umo nnti banyak benda lagi tak sempat nak piki...hahaha

oh..skrg piki rasa diri dah tue..owh..dekat dgn mati..ohhh