Showing posts with label next. Show all posts
Showing posts with label next. Show all posts

February 17, 2011

lagi dua minggu cikgu datang

hai murid,
can't wait to see you around next two weeks.


pergi sekolah kali ni jadi cikgu pj. mari baling-baling stick hokey, ok?

September 15, 2009

ramadhan 25

currently:
  1. tengah lari lari ayam nak submit asigment sebelum cuti raya. ape ke hal semua kasi kerja da last minit. hari tu time saya dahaga kan ilmu dan membuang masa time puasa tengok cite bohsia tak bagi pulak!
  2. keliru ngan ibu yang balik balik text cakap "kami otw shopping ni,nti la kite borak"<-annoying plak ayat dia ni. happy la tu tukang perabes duit tak mai ah!sat naa, cek balik.
  3. tambahan pula, sering text saya menanyakan "barang kiriman ibu dah beli"<- tak cukup ngan johor, sabah punya barang pun dia nak.
  4. ape ke hal plak ngan internet nih. saya dah guna brodband masih tak dapat connection.aduhai..tempat da la kat pelusuk.
  5. tengak cek cek rawk rawk untuk hafal lagu raya<- kuih dan muih beaneka macam bla bla bla..
  6. kira duit raya yang bakal dapat.hahaha :)
  7. ingat nak post entry kad raya ah.huh.boooom!

sticknote:
saya ada 2 kad raya. anyone nak? meh alamat.ada 2 je.xmampu beli banyak banyak.

September 14, 2009

ramadhan 24

hai lagi :)

please don't do this. kurang pahala puasa anda nanti.

1: ye bang, nak minum apa?
2: ada air apa eh?
1: macam macam ada bang. air sirap, air madu, air batu campur, air tin, air kotak, air tembikai, air anggur, air epal, air bla bla bla bla bla (sambil sebut nama buah buahan tempatan)
2: ow. best ni. kalau nak campur campur boleh ke?
1: eh boleh bang. cakap je nak campur apa.
2: ok. campur la tembikai ngan epal. pastu taknak epal tu banyak sangat. air tu kisar kecik kecik siket. letak gula 3 sudu je nanti manis kang kene sakit plak. pastu tembikai tu jangan la siket sangat nanti xde rasa.
1: ok bro. no hal.
2: eh eh. nak tukar la air lain. nak air jambu tambah dengan susu. pastu bla bla bla bla
1: ok ok.lagi bro?
2: tu je laa
1: tu je?
2: aaah. tu je
1: ok
2: eh eh adik manis. tunggu jap. abang nak tukar laa. bagi air kosong je la. tiba tiba mengidam plak.

notakaki:
patut tak saya rejam je orang camni? sib baik dengar story org..

September 13, 2009

ramadhan 21,22,23

salam people :)

oleh sebab sekarang kan masuk minggu last puasa and nak raya, tiba-tiba teringat dosa yang penah saya buat kat mak saya. penah tak gaduh ngan mak korang?
______________________________________________

time ni saya baru dajah 4 rasanya. ayah takde kat umah sebab time tu dia kat usm. pastu tinggal lah saya, ibu dan adik saya sorang tu. waktu kejadian malam. area lepas magrib. ada tetamu datang rumah. borak borak ngan ibu. ibu kasi air tea je. (malas.haha) saya duduk kat meja sambil main main pensil. ibu baru belikan lid pensel yang wana wana. ngan penuh tawaduk sy tak la join borak borak kat depan.

orang tu pon blaa. pastu air tu ibu letak atas meja. (malas lagi.haha) konon konon nak bawak g dapur esok la. pastu dia jengah sy yang kat meja tu. dia ingat sy blaja tp sy main. haha. pastu dia mengamuk. sy pun lawan la lagi. pastu belaku la adegan balas cakap balas cakap. oleh kerana dah tak tahan marah, dia amik air teh yg kat cawan tu terus jirus atas kepala. sy pon apa lagi pergi kat telefon call ayah dan mengadu. hahaha. ayah pun suruh pass phone kat ibu. ibu kene marah.

maka 1-0. sy 1...ibu 0.haha.

notakaki:
sangat seronok apabila anda jadi anak tunggal perempuan.hip hip hoooray!:)

September 10, 2009

ramadhan 20-yahooo :)

salam people :)
mesti sekarang xcited kan sebab raya da nak dekat. even da hidup lama dan rasa suam suam kuku je sambut raya, but for me, kan raya tu best. ingat senang ke orang nak kasi duit kat bulan bulan lain?meh bagi i duit raya.hehe. tak sabar nak balik rumah lagi. hip hip hoooraay! :)

text to my dad:
eh u, jangan lupa sambung balik astro ah. UPSR da tamat!!!! mukin hagemaru ada edisi raya. i nak tengok!

_______________________________

hari tu awal awal puasa (tiba tiba teringat bende ni)

adik: kak, kalau puasa tak leh gosok gigi eh?
kaka: aa. ustaz tu kata makruh sebab ubat gigi ada rasa rasa.
adik: huh. nasib baik adik gosok gigi guna sabun.
kak: hah?????

September 7, 2009

ramadhan 17- lagu baru

dedicate untuk handsome boy :)

kaka ku pulang dari kota
kaka ku belikan kereta
kereta kecil warna merah
boleh ku bawa ke sekolah
pon pon pon pon pon pon pon
kereta kecil ku berbunyi
mari lah adik mari adik
boleh ku bawa jumpa kaka


ini bukan error. u jgn jeles!i love u!haha
selamat terus puasa :)

September 6, 2009

ramadhan 14, 15 dan 16

salam people:)

1. maaf. off for blogging jap. akan muncul kadang kadang je bila wireless ok. gune brodband celcom pon xdpt connect. so line digi je yg dpt. sorry sorry.
2. hati resah gelisah sebab semayang tak khusyuk. sebab orang depan pakai baju...masyaallah. terang tang tang lambang MU sebesar besar alam. mukin beliau fans kelab tesebut, tapi ini telah ganggu saya.ish ish. g pindah tempat lain pulak...baju terang ping pong boooom 'belia benci dadah'. agak agak patut tak semayang 8 rakaat je?hehe
3. saya jadi besneswoman skang. yahoooo. bukan jual jual kat bazar ke jual rendang ke, jual ikan bakar ke tapi hahahaha jual pearl.bukan raflesia yg mahal mahal tu tapi mestila mutiara sabah yang dipercayai ajaib.haha +____________+ sapa nak?meh duit.
4. sekian terima kasih. nak buat assigment.yahooo :)

September 3, 2009

ramadhan 13

salam people :)

apa kaba?sehat kah? maaf kerana membuat express entry.haha. tp ok la tu drpd i x update2.hehe. banyak benda yang kene settle kan selain terawikh.sekarang dah balik tawau yang best!!! kenapa best?? yaaa. sebab dapat buka awal. saya buka 6.16 ok. 6.16 pm. you pukul 7 lebih kan???haha. besabar je laa. kan sabar tu separuh daripada iman. jangan jeles jeles. ALLAH tak suka.(ni baca ngan nada lembut taw!) tp tahu tahu la..sahur jam 3 lebih till 4 lebih. tapi tahu la kan..kat johor jam 5.30 maseh boleh teguk air, kat sini nak teguk pura pura tak nampak jam pon xboleh sebab kat luar dah terang. kat kelas, nasib baik nasrun dah bagitaw awal awal bangun sahur jam 3.45 am. kalau tak konfem konfem i bangun jam 5.hehe.

kan puasa ni banyak dugaan. huh. sabar je la. wireless block banyak gila website sooocial!jangan cakap apa apa pasal mukabuku!huh!terus tak dapat besosial. sangat sedeh. kadang kadang je ok. nak brodband? meh ah kasi yang kau punya..hehe. agak kecewa sebab before pulang holiday youtube pon boleh tengok dengan yakin. satu episod hagemaru dalam satu hari sudah cukup puaskan nafsu. ingatkan lepas balik cuti lagi bagus. rupanyaaaa lebih hangat dari dulu.sebab tu la cikgu cakap ' malang datang takde bau bau' takpun 'buang yang keruh amek yg jenih'. tapi takpe la, as well as i can update entry sampai ramadhan 30. tak kisah la even i cheat cheat siket siket eh :P

notakaki:
lupa nak wish SELAMAT MERDEKA. maaflaa. sabah merdeka 16 sept. so masih valid kan ucapan ni?